Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

100 pekerja Keppel Shipyard berhubung rapat dengan kes COVID-19 diberi cuti ketidakhadiran

Sekitar 100 pekerja Keppel Shipyard diberikan cuti ketidakhadiran selama 14 hari mulai 1 April, setelah mereka dikaitkan dengan para pesakit yang disahkan dijangkiti COVID-19, menurut syarikat limbungan kapal itu dalam kenyataan pada Khamis (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
100 pekerja Keppel Shipyard berhubung rapat dengan kes COVID-19 diberi cuti ketidakhadiran

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 03 Apr 2020 11:19AM Dikemas Kini : 03 Apr 2020 11:25AM

SINGAPURA: Sekitar 100 pekerja Keppel Shipyard diberikan cuti ketidakhadiran selama 14 hari mulai 1 April, setelah mereka dikaitkan dengan para pesakit yang disahkan dijangkiti COVID-19, menurut syarikat limbungan kapal itu dalam kenyataan pada Khamis (2 Apr).

Para pekerja yang terjejas termasuk para majikan dan kontraktor, tambahnya.

Sebahagian daripada limbungan Keppel Shipyard di Tuas juga ditutup sebagai melanjutkan langkah berjaga-jaga.

Langkah-langkah itu diambil sedang Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (2 Apr) mengaitkan tiga kes - Kes 878, 898, 907 - kepada limbungan itu, membentuk sebuah kelompok baru. Singapura kini mempunyai 1,049 kes COVID-19 secara keseluruhan.

Keppel Shipyard yang merupakan anak syarikat kepada konglomerat Keppel, mengesahkan dua kakitangannya diuji positif bagi COVID-19 pada 30 Mac dengan dua kes jangkitan lain melibatkan anggota kakitangan pelanggannya yang bekerja di limbungan tersebut.

Mediacorp difahamkan kes keempat yang disebut oleh Keppel Shipyard tidak terkait dengan kelompok tiga kes itu.

Terletak di bahagian barat Singapura, limbungan Keppel di Tuas seluas 44.3 hektar merupakan salah satu daripada tiga limbungan kapal yang dimiliki syarikat itu.

Keppel menambah para pekerja yang dijangkiti COVID-19 kini dirawat di hospital dan syarikat itu sedang memberikan bantuan kepada mereka dan anggota keluarga mereka.

"Keppel Shipyard telah berhubungan dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Tenaga Manusia berhubung kes-kes ini dan sedang membantu dalam pengesanan kontak... Kami juga telah membersihkan secara menyeluruh dan membasmi kuman di premis di mana para pesakit berada, sejajar dengan garis panduan Agensi Sekitaran Kebangsaan," menurut syarikat itu.

Menurutnya lagi, ia telah pun melaksanakan langkah-langkah seperti pemeriksaan suhu badan, pengagihan termometer, langkah jarakan selamat, syif bekerja bertahap serta serta pembahagian pasukan yang bekerja dari rumah dan aturan tempat kerja alternatif. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan