Images

10 peniaga terbaik program Protégé Kita DPPMS maju ke Fasa 3

SINGAPURA: 10 peniaga Melayu berpeluang mendapat bimbingan lebih mendalam dari Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) sepanjang enam bulan ini.

Mereka merupakan para peserta terbaik daripada program Protégé Kita anjuran DPPMS, yang mempunyai tiga fasa.

Pencapaian 10 peserta terbaik program inkubator keusahawanan itu, yang membimbing para peniaga baru selok belok mengemudi dunia perniagaan, diraikan dalam satu acara pada Jumaat (5 Feb).

Sepanjang 12 bulan lalu, lebih 50 peserta mengharungi fasa 'bootcamp' dan bimbingan dari pakar-pakar industri dalam Fasa 1 dan Fasa 2.

Hanya 10 sahaja yang akhirnya terpilih untuk melangkah ke Fasa 3 dan terakhir program Protégé Kita itu.

10 peserta terpilih itu ialah:
1. The Kreatif Box
2. Little Muslim Readers
3. Queensbake
4. Alyfa Atelier
5. Hafizah Ghazali
6. Introspective Solutions
7. Inknoe
8. Connectus
9. Outtwig
10. Blossoms

Di Fasa 3 akan datang, para peserta akan didedahkan kepada pelbagai sumber yang bermanfaat untuk perniagaan mereka.

Ini termasuklah diberi akses kepada para pelabur, pemegang taruhan dalam negara dan antarabangsa, serta bantuan dalam sokongan korporat dan pertumbuhan perniagaan.

Ia dijangka bermula dua minggu lagi dan berlangsung hingga Julai 2021. 

- BERITAmediacorp/sy

Top