10 pengendali e-skuter sewa sahkan minat jelang tarikh akhir mohon lesen
10 bakal pengendali sudah mengesahkan dengan Mediacorp tentang hasrat mereka untuk menembusi pasaran menjelang tarikh akhir pada Isnin (11 Feb) bagi para pengendali khidmat sewa alat mobiliti untuk membuat permohonan bagi mendapatkan lesen untuk beroperasi di tempat-tempat awam di Singapura.
SINGAPURA: 10 bakal pengendali sudah mengesahkan dengan Mediacorp tentang hasrat mereka untuk menembusi pasaran menjelang tarikh akhir pada Isnin (11 Feb) bagi para pengendali khidmat sewa alat mobiliti untuk membuat permohonan bagi mendapatkan lesen untuk beroperasi di tempat-tempat awam di Singapura.
Mereka adalah Beam, GrabWheels, Helbiz, JustScoot oleh Anywheel, Lime, Neuron, Omni Sharing, QIQ, ScootBee dan Telepod.
DAYA INOVASI ALAT-ALAT MOBILITI
Sedang semua pemain sudah melengkapkan alat-alat mobiliti mereka dengan sistem pemantauan, penghantaran data dan keupayaan mengawal dari segi lokasi, hanya segelintir syarikat yang sanggup melakukan lebih dari itu.
Omni Sharing adalah satu-satunya syarikat yang memasang tempat duduk pada alat-alat mobiliti mereka - satu langkah yang syarikat itu percaya akan membantu golongan yang memerlukan bantuan untuk bergerak (seperti warga tua) berasa lebih selamat dan yakin apabila menunggang alat tersebut.
Pengasas syarikat warga Costa Rica, Encik Oscar Moises Chaves dilaporkan sudah membeli sebahagian besar saham daripada syarikat basikal sewa oBike. oBike berhenti beroperasi di Singapura Jun lalu, sekali gus menyebabkan beribu-ribu pengguna kehilangan wang cengkeram masing-masing.
Sementara itu, syarikat pemula ScootBee sudah mereka sebuah alat yang membolehkan alat mobilitinya dikembalikan ke tempat letak alat mobiliti yang sesuai, tidak kira di mana para pengguna meninggalkannya. Mediacorp sebelum ini ditunjukkan bagaimana alat itu berfungsi.
Sebuah syarikat tempatan QIQ turut memanfaatkan daya inovasi untuk membangunkan teknologi pengecasnya yang menurut syarikat itu akan memudahkan para penggunanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.