Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

1 Science Park Drive bakal dibangun semula dengan kos lebih S$880 juta

1 Science Park Drive, yang terletak bersebelahan stesen MRT Kent Ridge, bakal dibangunkan semula menjadi kampus sains hayat dan inovasi dengan belanja S$883 juta menjelang 2025, umum CapitaLand dan Ascendas Reit dalam satu kenyataan media pada Isnin (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
1 Science Park Drive bakal dibangun semula dengan kos lebih S$880 juta

Gambar: CapitaLand

Diterbitkan : 16 Nov 2021 10:27AM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 10:29AM

SINGAPURA: 1 Science Park Drive, yang terletak bersebelahan stesen MRT Kent Ridge, bakal dibangunkan semula menjadi kampus sains hayat dan inovasi dengan belanja S$883 juta menjelang 2025, umum CapitaLand dan Ascendas Reit dalam satu kenyataan media pada Isnin (15 Nov).

CapitaLand Development dan Ascendas Reit membentuk usaha sama untuk membangunkan semula ruang itu yang sebelum ini menempatkan Bangunan TÜV SÜD PSB.

Ini selepas ia dijual oleh Ascendas Reit kepada usaha sama itu dengan harga S$103 juta. CapitaLand Development memiliki taruhan 66 peratus dalam usaha sama itu manakala baki 34 peratus milik Ascendas Reit, menurut kenyataan media tersebut.

1 Science Park Drive adalah hartanah terbaru dibangunkan di bawah usaha berbilang fasa bagi memberikan nafas baru kepada Singapore Science Park 1, menurut kenyataan itu.

Sejauh ini, lapan bangunan lebih tua sudahpun berwajah baru termasuk bekas bangunan Mendel, Maxwell, Pascal dan Pasteur, tambah kenyataan itu lagi.

Apabila siap dibangunkan semula, kampus sains hayat dan inovasi di tapak itu akan mempunyai ruang lantai 116,200 meter persegi secara keseluruhannya, terdiri daripada tiga bangunan Gred A yang saling terhubung.

Salah satu bangunan setinggi 15 tingkat manakala lagi dua masing-masing mempunyai sembilan tingkat.

Kampus itu juga akan dilengkapi kompleks beli-belah dengan kedai runcit, makanan dan minuman (F&B) serta kemudahan berkaitan. Kompleks itu boleh menampung 500 orang termasuk sebuah pentas terbuka yang boleh menampung sehinga 300 orang.

Kampus yang baru itu akan memenuhi "permintaan penyewa daripada sektor ekonomi baru" seperti sains bioperubatan, digital dan teknologi, menurut kenyataan itu lagi.

Sektor-sektor tersebut "terus berkembang di Singapura di tengah-tengah lebih banyak tumpuan kepada jagaan kesihatan, mendalami teknologi dan memacu perubahan digital".

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan