Skip to main content

Iklan

Iklan

Kelompok COVID-19 KTV & Pelabuhan Perikanan Jurong saling berkait

Dua kelompok besar di pusat-pusat KTV dan Pelabuhan Perikanan Jurong saling berkait, dedah Menteri Kesihatan Ong Ye Kung hari ini (19 Jul), dengan jangkitan berbeza secara genetik daripada varian virus yang disaksikan di dalam kelompok lain tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2021 07:10PM Dikemas Kini : 19 Jul 2021 11:28PM

SINGAPURA: Dua kelompok besar di pusat-pusat KTV dan Pelabuhan Perikanan Jurong saling berkait, dedah Menteri Kesihatan Ong Ye Kung hari ini (19 Jul), dengan jangkitan berbeza secara genetik daripada varian virus yang disaksikan di dalam kelompok lain tempatan.

"Para saintis kami sedang menjalankan kajian filogenetik. Kedua-dua kelompok ada hubung kait," kata Encik Ong dalam satu catatan Facebook.

"Secara genetik, ia berbeza daripada varian Delta yang menjangkiti individu-individu di Hospital Tan Tock Seng dan Lapangan Terbang Changi tetapi lebih dekat dengan apa yang kami kesan dalam kes-kes import dari Indonesia."

Kajian-kajian sedang dijalankan dan Kementerian Kesihatan (MOH) akan menerangkan dapatannya kepada umum apapila ia terdapat keputusan lebih kukuh," kata Encik Ong.

"Satu perkara adalah jelas - apabila negara-negara di rantau ini mempunyai penularan besar, kita selalu berdepan risiko," tambah beliau.

"JANGKA LEBIH BANYAK KES DILAPORKAN'

Encik Ong berkata 88 kes jangkitan baru tempatan yang dilaporkan pada Ahad (18 Jul) - tertinggi dalam negara sepanjang tahun ini - mencerminkan "kebolehjangkitan varian Delta dan adalah hasil daripada kesan gabungan" kedua-dua kelompok itu.

"Sedang kami menangani dua kelompok besar ini serta menjalankan ujian secara meluas, kita harus terus menjangkakan lebih banyak kes dilaporkan pada hari-hari mendatang dan mesti bersedia untuk membuat penyesuaian bahkan mengambil tindakan tegas untuk membendung kes," ujarnya.

Kelompok di pusat-pusat KTV mempunyai lebih 5,000 pekerja, pelayan serta pengunjung yang menjalani ujian dan jumlah individu yang diuji positif menunjukkan trend merosot hari demi hari, kata Encik Ong.

"Namun kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong "meningkat dengan secara membimbangkan" kerana ia menularkan kes-kes di pelbagai pasar dan dalam kalangan masyarakat di sekelilingnya," tambah beliau.

Pihak berkuasa sudahpun melaksakan "empat langkah pertahanan" bagi kelompok itu, kata Encik Ong.

Dalam langkah pertama, 700 pekerja di Pelabuhan Perikanan Jurong semuanya dikuarantin. "Beberapa" kes dikesan daripada kumpulan ini, menurut Encik Ong.

Langkah kedua melibatkan lebih 861 penjual ikan, pekerja penghantaran dan mereka yang mengunjungi pelabuhan itu. Mereka diberikan amaran risiko kesihatan yang menghendaki mereka untuk menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) serta pengasingan kendiri sehingga mereka menerima keputusan ujian negatif.

Ujian bagi kumpulan ini "sedikit sebanyak" sudah selesai dijalankan dengan 26 kes dikesan dalam kalangan mereka - iaitu satu "angka yang tinggi", kata Encik Ong.

Dalam langkah ketiga pemilik gerai di semua pasar lain menerima makluman untuk menjalani ujian sebagai langkah berjaga-jaga.

Penduduk yang tinggal di sekitar pasar berkenaan membentuk langkah keempat dan mereka dinasihatkan agar mengurangkan pergerakan serta interaksi sosial.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pula menubuhkan ujian air sisa di seberapa banyak lokasi yang boleh dan MOH akan menjalankan operasi khas di estet-estet tersebut, kata Encik Ong.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan