Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zul Ariffin sekali lagi terkena kontroversi, gambar alat sulit dimuat naik ke Instagram

Gara-gara akaun laman Instagramnya digodam, Zul Ariffin yang sebelum ini 'hangat' dengan pengakuan putus cinta dengan pelakon jelita, Zahirah Macwilson, sekali lagi terpalit kontroversi.

Anggaran Waktu Membaca:
Zul Ariffin sekali lagi terkena kontroversi, gambar alat sulit dimuat naik ke Instagram

(Gambar: @zul_ariffin/ Instagram)

Diterbitkan : 21 Apr 2018 10:03PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 10:06PM

KUALA LUMPUR: Gara-gara akaun laman Instagramnya digodam, Zul Ariffin yang sebelum ini 'hangat' dengan pengakuan putus cinta dengan pelakon jelita, Zahirah Macwilson, sekali lagi terpalit kontroversi.

Ini kerana gambar alat sulit dimuat naik kepada Insta Story aktor bertubuh sasa itu.

Kekecohan bermula apabila salah seorang pengguna Twitter berkongsi paparan skrin atau 'screenshot' daripada laman Insta Story Zul yang berkongsi gambar yang menampakkan alat sulit lelaki, pada jam 8.00 malam semalam (20 Apr).

Namun, menurut Berita Harian Malaysia, foto terbabit dipadamkan dua minit kemudian.

Netizen yang menyedari insiden itu rata-rata tidak percaya bintang Tombiruo itu sanggup memuat naik foto yang boleh mengaibkan dirinya.

Beberapa jam kemudian, kekecohan terlerai apabila kelab peminat Zul, @zulariffinfc menjelaskan bahawa akaun pelakon itu digodam melalui entri Insta Story. Entri itu menyebut:

"Hai semua, akaun bos (merujuk kepada Zul) digodam, awal malam tadi. Dia sudah membuang foto terbabit dan semuanya dalam kawalan.

"Kami memohon maaf jika entri berkenaan menyinggung perasaan anda. Bos akan ambil tindakan sekiranya ia berulang kembali."

Sabtu lalu, Zul, 31 tahun, mengesahkan hubungan cintanya dengan Zahirah, 23 tahun, sudah putus sejak lebih sebulan lalu.

Dalam pengakuan eksklusifnya kepada BH Online, Zul memberitahu, ramai yang sudah mengetahui mengenai perhubungan mereka yang bagai ada pasang surutnya.

"Sudah putus... Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan