Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zul Ariffin bakal ke jinjang pelamin tahun depan

Pelakon tampan godaan ramai wanita, Zul Ariffin, bakal menamatkan zaman bujang tahun depan selepas beliau dan kekasihnya benar-benar bersedia dalam segenap aspek.

Anggaran Waktu Membaca:
Zul Ariffin bakal ke jinjang pelamin tahun depan

(Gambar: @zul_ariffin/ Instagram)

Diterbitkan : 22 Aug 2019 11:43PM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 11:45PM

KUALA LUMPUR: Pelakon tampan godaan ramai wanita, Zul Ariffin, bakal menamatkan zaman bujang tahun depan selepas beliau dan kekasihnya benar-benar bersedia dalam segenap aspek.

Tanpa mendedahkan identiti bakal suri hatinya, pelakon filem J Revolusi itu bagaimanapun memberi bayangan wanita yang akan dijadikan teman hidup itu bukan daripada golongan selebriti.

Menurut Astro Awani, wanita yang berjaya mencuri hati Zul adalah seorang yang bukan Islam.

“Buat masa ini, saya nak bakal isteri saya mengenal agama Islam secara lebih mendalam dan ikhlas untuk memeluk Islam.

"Jika dia berniat memeluk Islam sebab nak berkahwin dengan saya, perkara itu tidak akan berlaku kerana saya tidak izinkan. Saya sudah jelaskan perkara ini kepadanya,” ungkap Zul seperti dilaporkan Harian Metro pada Khamis (22 Ogos).

Filem Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold. (Gambar: @zul_ariffin/Instagram)

Sebelum ini, Zul - yang bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Sangkar - pernah dikaitkan menjalin hubungan mesra dengan penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai serta pelakon Zahirah MacWilson.

Bahkan, aktor itu juga pernah terjerat dalam skandal dengan seorang wanita yang berasal dari Ukraine tetapi Zul
menafikan mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan, sebaliknya, hanya berkenalan ketika bercuti di Thailand.

Pelakon berusia 33 tahun itu, lapor Astro Awani, kekal merahsiakan identiti bakal isterinya dan sekadar berkata: “Pilihan sudah ada, cuma saya akan kongsikan siapa orang itu apabila sudah sampai waktunya nanti".

"Tidak perlu teka siapa gerangan wanita itu, nantikan berita itu tahun depan," ujar Zul lanjut.

Beliau berkata akan memberi tumpuan pada hari penting dalam hidupnya itu kerana enggan mahligai yang dibina kelak menjadi huru-hara.

“Saya tidak mahu perkahwinan menjadi huru-hara jika saya tidak bersedia. Kalau saya berkahwin nanti saya nak berubah terus.

"Saya nekad untuk menjadikan perkahwinan sebagai satu tanggungjawab berat yang perlu saya galas. Sebaik melangkah ke gerbang perkahwinan, saya akan tinggalkan segala apa yang tidak baik sebelum ini," ujar Zul secara matang.

“Memilih untuk memperisterikan wanita bukan Islam bukan perkara mudah. Sebelum nak membimbing dia ke arah kebaikan, saya kena jadi lebih bagus. Sekarang saya sedang membuat persiapan ke arah itu. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik. Saya nak rumah tangga yang bakal dibina nanti mengikut apa yang saya harapkan,” pinta Zul mengakhiri bicara.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan