Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zizi Kirana, Yusuf Bahrin sudah bernikah

Penyanyi terkemuka, Zizi Kirana hari ini (19 Sep) sah bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin.

Anggaran Waktu Membaca:
Zizi Kirana, Yusuf Bahrin sudah bernikah

Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sah bergelar suami isteri pada 19 Sep. (Gambar: Shanell Harun/Instagram)

Diterbitkan : 19 Sep 2021 03:59PM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 04:04PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkemuka, Zizi Kirana hari ini (19 Sep) sah bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin.

Menerusi Instagram masing-masing, pasangan berkenaan memuat naik catatan yang sama iaitu dua keping gambar bersaiz pasport mengesahkan mereka sudah diijabkabul.

Astro Awani difahamkan majlis pernikahan itu berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju pada pukul 10.30 pagi tadi (19 Sep).

Pasangan itu mula akrab kira-kira dua bulan lalu selepas sama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia, lapor Astro Awani.

Zizi, 36 tahun atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata kepada Harian Metro bahawa beliau tertarik dan menyenangi sikap suaminya yang sopan santun dan matang.

Tambahnya, suaminya yang berusia 29 tahun itu juga tidak menjadikan perbezaan umur tujuh tahun antara mereka sebagai isu utama.

"Tarikh 29 Ogos lalu kami bertunang secara virtual. Saya senang dengan Yusuf kerana dia lelaki yang sopan dan matang berbanding usianya.

"Yusuf menerima saya seadanya walaupun saya lebih tua daripada dia. Saya tak rasa kekok dan janggal dengan Yusuf biarpun dia lebih muda. Lagipun saya kan suka lelaki yang lebih muda, saya suka 'anak ikan'," seloroh Zizi.

Berkongsi mengenai perancangan cahaya mata, Yusuf menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.

"Soal anak, kami tak meletakkan sebarang sasaran. Kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat, kami terima. Kami serahkan kepada Allah saja.

"Sejujurnya, saya merancang nak kahwin pada usia 35 tahun apabila sudah ada rumah sendiri dan bisnes. Tetapi ini adalah aturan Allah, hati saya digerakkan untuk berkahwin pada usia sekarang," kata Yusuf kepada Harian Metro.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan