Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zizan Razak tampilkan sisi serius dalam lagu baru

Berdebar-debar Zizan Razak menanti. Apakah lagu single beliau akan diterima pendengar. Ternyata, debaran tersebut kini berubah menjadi lega.

Anggaran Waktu Membaca:
Zizan Razak tampilkan sisi serius dalam lagu baru

Artis Malaysia, Zizan Razak. (Gambar: @zizanrazak869/Instagram)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 09:25AM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 09:35AM

KUALA LUMPUR: Berdebar-debar Zizan Razak menanti. Apakah lagu single beliau akan diterima pendengar. Ternyata, debaran tersebut kini berubah menjadi lega.

Manakan tidak, single tersebut - Kau Takkan Tahu - boleh dikatakan ‘meletup’ kerana walaupun baru sekitar lima minggu dimuat naik, ia sudah berjaya mencatat lebih 2.2 juta tontonan.

Menurut laporan Utusan Online, Zizan mengaku bahawa pada awalnya beliau khuatir memikirkan penerimaan peminat terhadap karya dari Alif Magic Potions itu.

"Ini kerana pendekatan yang digunakan dalam karya ini amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan konsep dulu yang masih memaparkan sisi humor saya.

“Kali ini, Kau Takkan Tahu lebih kepada mendedahkan sisi serius saya, yang tidak dikenali oleh kebanyakan para peminat saya.

“Sebab itulah saya takut jika mereka tidak boleh menerima pembaharuan yang ingin ditampilkan,” kata pelawak dan pelakon Malaysia itu dalam laporan akhbar Utusan Malaysia.

Lagu hip hop itu turut menampilkan suara Melda, iaitu seorang penyanyi baru.

Yang pasti, Zizan menyatakan bahawa beliau mahu beralih dari zon selesa kerana sebelum ini lagu-lagu beliau lebih menjurus kepada yang bersifat jenaka dan satira. Ini tambah penyanyi itu dalam laporan Utusan Online:

“Pembaharuan yang saya buat cuma terhadap konsep klip video dan juga liriknya yang lebih berat... Mungkin ada yang mengatakan penampilan saya dalam lagu ini lebih matang dan saya tidak menafikannya."

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan