Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ziana Zain enggan komen tentang isu rumah tangga

Penyanyi popular Ziana Zain masih enggan membuka mulut mengulas isu rumah tangganya yang dikatakan sedang retak menanti belah, menurut laporan Astro AWANI.

Anggaran Waktu Membaca:
Ziana Zain enggan komen tentang isu rumah tangga

Gambar: Ziana Zain/Facebook

Diterbitkan : 13 Apr 2018 09:16AM Dikemas Kini : 13 Apr 2018 09:22AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Ziana Zain masih enggan membuka mulut mengulas isu rumah tangganya yang dikatakan sedang retak menanti belah, menurut laporan Astro AWANI.

Ziana yang ditemui di majlis pertunjukan fesyen Rico Rinaldi malam semalam (12 Apr) menolak dengan baik pelawaan media untuk ditemu bual.

"Maaf, no comment," katanya sambil tersenyum.

Astro AWANI melaporkan bahawa Ziana hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April lalu untuk memfailkan penceraian.

Bagaimanapun, menurut sumber, suaminya, Armin Zaharin, 53, tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan meminta kes tersebut dibawa ke jawatankuasa pendamai.

Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Shah Alam menangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu penyerahan dokumen.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam pada 24 Februari lalu.

Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat aduan polis pada 27 Februari.

Pada 8 Mac lalu, mahkamah menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi untuk meminda pertuduhan kepada Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 326A, Armin, 53, boleh dikenakan dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 324, jika sabit kesalahan dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, menurut Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan