Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zed Zaidi kekalkan jawatan Presiden Seniman

Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2019-2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Seniman Ke-18 pada Jumaat (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Zed Zaidi kekalkan jawatan Presiden Seniman
Diterbitkan : 16 Nov 2019 12:43AM Dikemas Kini : 16 Nov 2019 12:47AM

KUALA LUMPUR: Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2019-2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Seniman Ke-18 pada Jumaat (15 Nov).

Setiausaha Agung Seniman Mohd Hafiz Mohd Nafiah dalam kenyataan berkata mesyuarat yang berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee Finas Hulu Kelang itu dihadiri 115 ahli berdaftar Seniman.

Beliau menambah bahawa pada mesyuarat itu, pelakon Zuraini Kassim juga menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Tambahnya mesyuarat pertama barisan kepimpinan Seniman itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk melantik tiga lagi exco tambahan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan