Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zed Zaidi dipanggil beri keterangan kerana sebar berita palsu virus Wuhan

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil atua lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, hari ini (31 Jan) hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakannya berkongsi berita palsu tentang jangkitan virus Wuhan.

Anggaran Waktu Membaca:
Zed Zaidi dipanggil beri keterangan kerana sebar berita palsu virus Wuhan

(Gambar: Instagram/Rozaidijamil, AFP)

Diterbitkan : 31 Jan 2020 11:58PM Dikemas Kini : 01 Feb 2020 12:00AM

CYBERJAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil atua lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, hari ini (31 Jan) hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakannya berkongsi berita palsu tentang jangkitan virus Wuhan.

Zed Zaidi, 40 tahun, tiba di Menara SKMM, di sini bersama peguamnya Encik Zamri Idrus pada pukul 3.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira 5.45 petang.

Zed Zaidi yang ditemui pihak media memaklumkan telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menyiasat kes itu.

“Untuk yang di luar sana berhati-hati bila post (membuat hantaran di media sosial),” katanya ringkas.

Sementara Encik Zamri berkata anak guamnya disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana berkongsi gambar berita palsu di laman Twitter kononnya semua negara menyekat kemasukan pelancong China kecuali Malaysia.

Beliau berkata kad sim Zed Zaidi turut diambil dan direkodkan oleh SKMM.

"Kami dimaklumkan tadi oleh pihak SKMM, sekiranya ada keperluan untuk mereka mendapatkan butiran lanjut daripada Zed, mereka akan panggil (semula)... itu sahaja," katanya.

Ditanya sama ada Zed Zaidi sememangnya berniat untuk menyebarkan berita tidak sahih atau menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat, Zamri berkata perkara yang ditulis di laman Twitter itu hanyalah satu persoalan peribadi.

"Tidak sama sekali, itu memang disahkan oleh Zed sendiri. Tidak ada niat apa pun," katanya.

Selain Zed Zaidi, SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini turut merekodkan keterangan pemilik laman sesawang "Oh My Media" Mohd Khairul Anuar Rosli, 30, dan seorang lagi orang awam kerana berkongsi berita palsu mengenai kedatangan ratusan pelancong China di Pulau Langkawi, Kedah yang didakwa lari daripada wabak virus korona di negara itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan