Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zamani tangguh kahwin sebab sibuk bekerja

Penyanyi Malaysia Zamani masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin mendirikan rumah tangga meskipun sudah lama membujang.

Anggaran Waktu Membaca:
Zamani tangguh kahwin sebab sibuk bekerja

(Gambar: @zamanislam_official/Instagram)

Diterbitkan : 25 Jan 2019 11:40PM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 11:41PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia Zamani masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin mendirikan rumah tangga meskipun sudah lama membujang.

Zamani yang kurang gemar bercakap mengenai hal peribadi sebelum ini pernah dilaporkan 'bercinta' dengan beberapa wanita, termasuk seorang artis wanita tersohor, lapor Astro Awani.

Baru-baru ini, penyanyi terkenal itu mendedahkan beliau terpaksa menangguhkan soal perkahwinan kerana sibuk menguruskan kerjaya dalam bidang seni, lapor Utusan Malaysia.

"Bukan nak mendahulukan karier, saya sama sekali tak bermaksud nak biar orang menunggu tapi memang tak dinafikan karier sekarang sedang berkembang dengan baik, suka ataupun tidak saya terpaksa tangguhkan dahulu soal kahwin,” kata Zamani seperti yang dipetik oleh Utusan Malaysia, ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan menamatkan zaman bujang.

Zamani yang sangat terkenal dengan lagu Gerimis Mengundang ditukil oleh Astro Awani sebagai berkata beliau tidak bermaksud untuk membiarkan semua orang menantikannya naik pelamin, apatah lagi kerana beliau bakal mencecah usisa 48 tahun pada Mei ini.

Zamani turut berjanji tidak akan merahsiakan hal perkahwinan apabila sampai masanya kelak. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan