Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zainal Abidin adakan konsert jelajah Asia Tenggara tahun depan

 Penyanyi Malaysia, Zainal Abidin bakal mengadakan konsert jelajah solo di beberapa negara di Asia Tenggara bermula tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Zainal Abidin adakan konsert jelajah Asia Tenggara tahun depan

Penyanyi M'sia, Zainal Abidin. (Gambar: @zainalhijau/Instagram)

Diterbitkan : 27 Aug 2018 08:28PM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 08:36PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia, Zainal Abidin bakal mengadakan konsert jelajah solo di beberapa negara di Asia Tenggara bermula tahun depan.

BH Online menukil penyanyi 58 tahun itu sebagai berkata 75 peratus kerja praproduksi bagi konsert mega yang dirancang selepas kejayaan Konsert 35 Tahun Zainal Abidin sudah dilakukan.

“Mengikut perancangan yang sudah kami atur lebih setahun lalu, persembahan ini turut membabitkan persinggahan di Singapura, Indonesia dan berkemungkinan besar di Jepun.

“Andai ia dapat direalisasikan seperti dijadualkan, saya bersama pasukan produksi mahu memastikan setiap destinasi yang kami kunjungi meninggalkan detik manis kepada penonton," kata Zainal kepada BH Online.

Penyanyi lagu Hijau yang berpengalaman menghiburkan peminat di luar negara ketika zaman gemilangnya itu juga bakal tampil dalam sebuah konsert bersama beberapa penyanyi lain di Dataran Merdeka, Malaysia November depan.

“Buat masa ini, tumpuan saya adalah terhadap persembahan mega itu dulu. Banyak nama besar yang bakal beraksi nanti, tidak ketinggalan beberapa penyanyi muda.

“Kami ingin mengadakan persembahan seperti era Konsert Ikhlas suatu masa dulu, yang menyajikan aksi berbeza daripada konsert sedia ada,” kata penghibur itu lagi, yang menurut BH Online bakal mengadakan pengumuman rasmi berhubung perkara terbabit dalam masa terdekat.

Sementara itu, Zainal juga akan menerbitkan sebuah album penuh yang diusahakan bersama beberapa pemuzik yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini, termasuk Mukhlis Nor.

Sumber : Agensi berita/EM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan