Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Yusuf Islam derma hampir S$1 juta hasil konsert kepada badan-badan kebajikan

Penyanyi dan penulis lagu tidak asing lagi dari Britain, Yusuf Islam atau juga dikenali sebagai Cat Stevens akan mendermakan AUD$1 juta (S$995,200) kepada badan-badan amal, hasil keuntungan yang dikutip daripada konsert jelajah dunia beliau berjudul 'Peace Train - A Cat's Attic'.

Anggaran Waktu Membaca:
Yusuf Islam derma hampir S$1 juta hasil konsert kepada badan-badan kebajikan

Penyanyi dan penulis lagu, Yusuf Islam. (Gambar: yusufcatstevens/Instagram)

Diterbitkan : 23 Nov 2018 10:44AM Dikemas Kini : 23 Nov 2018 10:49AM

AUSTRALIA: Penyanyi dan penulis lagu tidak asing lagi dari Britain, Yusuf Islam atau juga dikenali sebagai Cat Stevens akan mendermakan AUD$1 juta (S$995,200) kepada badan-badan amal, hasil keuntungan yang dikutip daripada konsert jelajah dunia beliau berjudul 'Peace Train - A Cat's Attic'.

Majalah The Music Network melaporkan, jumlah wang tersebut diperuntukkan bagi badan-badan kebajikan seluruh dunia yang membangunkan program-program yang menyumbang kembali kepada masyarakat.

Antara penerima manfaat pertama derma itu dari Australia ialah para petani yang terjejas oleh kemarau, menerusi Rural Aid Australia, warga tua menerusi Pusat Jagaan Gallipoli dan para pesakit barah menerusi Pusat Kesejahteraan dan Kajian Barah Olivia Newton-John.

Para penerima lain termasuk Pusat untuk Belia Berbilang Budaya, Yayasan Ceilk Huruf Penduduk Asli, Pertubuhan Pusat Masyarakat Addison Road dan Concern Worldwide.

Lebih banyak lagi pertubuhan yang bakal menerima sokongan derma, akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

The Music Network menukil Yusuf sebagai berkata,"Saya percaya bahawa konsert-konsert adalah peluang positif untuk menerima dan menyumbang kembali kepada masyarakat, menggembirakan orang lain adalah apa yang saya suka lakukan."

Pada hujung tahun lalu, pihak penganjur dari Australia Paul Dainty dan Moonshadow Australia membawa Yusuf dan kumpulan pemuziknya ke Australia dan New Zealand.

Tiket bagi kesemua sembilan konsert beliau habis dijual. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan adalah daripada album yang mendapat pencalonan Grammy, Laughing Apple selain lagu-lagu klasik beliau yang tidak asing lagi “Peace Train”, “Father & Son”, “Wild World” dan “Morning Has Broken”.

Selain menyokong pertubuhan-pertubuhan demikian, dana juga akan disalurkan menerusi pertubuhan kemanusiaan Penny Appeal untuk melancarkan satu inisiatif baru yang menyasarkan kesihatan, pendidikan dan bantuan kecemasan.

CEO antarabangsa Penny Appeal, Aamer Naeem ditukil oleh The Music Network sebagai berkata: "Yusuf menunjukkan kepada kami selama bertahun-tahun betapa beliau seorang yang benar-benar berperikemanusiaan dan kami amat bangga dapat bekerjasama dengan individu yang amat memberi inspirasi sepertinya."

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan