Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Yuna sedia kerjasama dengan kumpulan K-Pop BTS

Penyanyi Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Yuna berkata beliau sudah bersedia menjalin kerjasama dengan kumpulan K-Pop popular BTS, lapor Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Yuna sedia kerjasama dengan kumpulan K-Pop BTS

Penyanyi Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Yuna. (Gambar: @yunaliszarai/Instagram)

Diterbitkan : 02 Nov 2018 04:33PM Dikemas Kini : 02 Nov 2018 04:38PM

AGENSI BERITA: Penyanyi Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Yuna berkata beliau sudah bersedia menjalin kerjasama dengan kumpulan K-Pop popular BTS, lapor Malaysiakini.

Beliau meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan kumpulan yang kini sedang membina nama di Amerika itu di akaun Twitter miliknya.

“Saya fikir sudah tiba masanya untuk berkolaborasi dengan @BTS_Twt #2019,” katanya.

Yuna turut meminta pendapat berhubung gandingan itu daripada peminatnya.

“Apa pendapat anda? Sengaja meluahkan hasrat, tetapi saya sudah bersedia untuk segala-galanya di 2019! Mari lakukannya,” katanya lagi seperti ditukil Malaysiakini.

Kumpulan BTS atau Bangtan Boys dari Korea Selatan yang pernah disenarai oleh Forbes sebagai kumpulan paling banyak mendapat perkongsian tweet semula pada Mac 2016, dianggotai Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook.

Selain pernah memenangi beberapa anugerah di negara sendiri, BTS juga pernah menjadi kumpulan Korea yang pertama mengungguli carta Social 50, Billboard.

BTS memiliki dua akaun Twitter yang diwujudkan atas tujuan berbeza iaitu satu yang diuruskan syarikat label BTS, Big Hit Entertaiment (@BTS_BigHit) manakala satu lagi dikendalikan anggota kumpulan, @BTS_twt.

Yuna, 31, dan akaun @BTS_twt saling mengikuti perkembangan masing-masing di media sosial.

Menurut Malaysikini, kiriman Tweet penyanyi Crush itu mengundang respons yang pelbagai daripada netizen dengan kebanyakannya menyatakan mereka tidak sabar dan teruja sekiranya impian itu menjadi kenyataan suatu hari nanti.

“Betul! Perkataan magis itu sudah dinyatakan secara umum dan sekarang kita tunggu,” kata pengguna akaun @BangtanPaenboi.

Bagaimanapun, wujud segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan minat yang diuar-uarkan Yuna terhadap kumpulan yang popular dengan lagu DNA itu.

“Tolong jangan, urghhh,” kata pengguna akaun @pffttHalijahhh.

Sumber : Agensi berita/TQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan