Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Yuna hiasi muka depan Vogue Singapore edisi April

Bulan April ini, muka depan majalah fesyen Vogue Singapore dihiasi dengan wajah yang tidak asing dalam kalangan penggemar industri muzik serantau, iaitu Yuna.

Anggaran Waktu Membaca:
Yuna hiasi muka depan Vogue Singapore edisi April

Yuna hiasi muka depan Vogue Singapore edisi April 2021. (Gambar: Twitter/Yuna)

Diterbitkan : 02 Apr 2021 12:21PM Dikemas Kini : 02 Apr 2021 12:23PM

MALAYSIA: Bulan April ini, muka depan majalah fesyen Vogue Singapore dihiasi dengan wajah yang tidak asing dalam kalangan penggemar industri muzik serantau, iaitu Yuna.

Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zarai, muncul dalam edisi bulan April itu dengan tema 'rhythm', ilham dari pesta muzik seperti Coachella, menurut Astro Awani.

Bagi Yuna yang sudah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, pemilihan dirinya untuk menjadi wajah Vogue Singapore itu satu sejarah peribadi yang terbaru.

Menurut Astro Awani, sesi fotografi itu dijalankan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam edisi tersebut, Yuna menceritakan tentang perjalanan kerjaya muziknya di peringkat antarabangsa serta cabaran yang terpaksa diharungi untuk sampai ke tahap ini sekarang.

"Sebagai wanita dari Asia Tenggara beragama Islam dalam industri muzik Amerika, saya melalui pebagai cabaran, antaranya terpaksa berhadapan dengan stereotaip orang Islam, hijabi, Asia Tenggara, atau "kita tidak tahu di mana tempatnya."

"Tetapi saya menemui orang yang baik juga, mereka yang memahami apa yang saya lakukan dan mahu mendengar muzik saya," ceritanya, seperti yang dipetik Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan