Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Yuna akan teruskan kerjaya di AS meski sudah menikah

Majlis pernikahan berlansung seperti mana yang Yuna inginkan. Demikian dikongsi penyanyi itu sendiri dalam satu sidang media hari ini (27 Jan) sepeti yang ditukil Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Yuna akan teruskan kerjaya di AS meski sudah menikah

(Gambar: Siti Nursyazwani/ Astro Awani).

Diterbitkan : 27 Jan 2018 09:42PM Dikemas Kini : 27 Jan 2018 09:44PM

PUTRAJAYA: Majlis pernikahan berlansung seperti mana yang Yuna inginkan. Demikian dikongsi penyanyi itu sendiri dalam satu sidang media hari ini (27 Jan) sepeti yang ditukil Astro Awani.

“Sudah lama impikan majlis pernikahan yang bertemakan ‘garden wedding’ dan semalam impian saya menjadi kenyaatan,” kata Yuna.

“Tema taman itu dilihat sebagai satu tema yang sukar untuk dilakukan di negara ini, tetapi kami berani mengambil risiko itu.

“Ramai yang menentang idea tersebut termasuk ahli keluarga saya, tetapi Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar,” tambah beliau.

Menurut laporan Astro Awani, penyanyi terkenal itu turut mengesahkan akan terus menetap di Los Angeles untuk urusan kerja walaupun selepas bernikah dengan pilihan hatinya, Adam Sinclair.

Mereka akan meneruskan kerjaya sama ada di tanah air mahupun di Los Angeles.

“Adam dan saya akan ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Los Angeles ikut kepada kerja masing-masing.

“Saya sudah menetap di Los Angeles selama hampir 8 tahun. Jadi kami mungkin akan ulang alik memandangkan keluarga saya di tanah air dan Adam yang mungkin ada kerja di sini (Malaysia).

“Sudah tentu saya mahu sentiasa berada di sisi Adam, kami akan mengambil ini sebagai cabaran untuk imbangkan perkahwinan dan kerjaya,” katanya ketika ditemui Astro Awani semasa sidang media berlangsung.

Semalam (26 Jan), Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai selamat diijab kabul dengan Adam atau nama penuh, Adam Yousof Mohamed Sinclair dengan sekali lafaz di Puncak Rimba, Bentong. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan