Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

YouTube Music dilancarkan di Singapura

Anda inginkan wadah baru untuk mendengar muzik? Mulai Rabu (6 Nov), para penggemar muzik di Singapura mempunyai akses kepada satu khidmat penstriman baru, YouTube Music.

Anggaran Waktu Membaca:
YouTube Music dilancarkan di Singapura

(Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 06 Nov 2019 12:18PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 12:23PM

SINGAPURA: Anda inginkan wadah baru untuk mendengar muzik? Mulai Rabu (6 Nov), para penggemar muzik di Singapura mempunyai akses kepada satu khidmat penstriman baru, YouTube Music.

Aplikasi yang juga boleh dimainkan di laman internet itu menawarkan lagu-lagu, album, senarai lagu dan ciri artis radio, selain katalog luas 'remix', persembahan secara langsung, saduran atau 'cover' dan video muzik.

Versi percuma itu termasuk iklan, namun anda tidak perlu menontonnya dengan melanggani khidmat berbayar untuk menikmati ciri-ciri seperti muat turun secara 'offline' dan keupayaan bertukar aplikasi.

Harga langganan YouTube Music Premium bermula dari S$9.98 sebulan.

Dengan harga S$11.98 sebulan pula, anda boleh melanggani YouTube Premium yang merangkumi langganan Music Premium serta pengalaman bebas iklan
dengan ciri memainkan muzik sambil membuka aplikasi lain (background play) dan muat turun jutaan video dari YouTube.

Harga-harga tersebut adalah bagi muat turun menerusi Google Play Store. YouTube Music Premium dan YouTube Premium masing-masing berharga S$12.98 dan S$15.98 dalam iOS App Store.

Para pengguna ditawarkan tempoh sebulan untuk mencuba khidmat tersebut secara percuma dengan memuat turun aplikasi YouTube Music.

Pelanggan khidmat Google Play Music juga boleh mendapatkan akses YouTube Music Premium sebagai sebahagian langganan bulanan mereka.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan