Images
  • youtube
    Logo YouTube. (Gambar: Dado Ruvic/REUTERS)

YouTube lancarkan produk baru 'Shorts' saingi TikTok

NEW YORK: YouTube yang dimiliki Alphabet Inc akan melancarkan khidmat video singkat dipanggil Shorts di wadah perkongsian videonya yang dilihat sebagai pesaing media sosial TikTok.

YouTube akan menjalankan ujian pertama ciri tersebut di India sepanjang beberapa hari berikut ini dan kemudian meluaskan khidmat tersebut kepada lebih banyak negara pada bulan-bulan mendatang, menurutnya dalam satu catatan blog pada Isnin (14 Sep).

Produk baru YouTube itu, yang bakal bersaing dengan Reels dan TikTok oleh Facebook Inc, akan membolehkan pengguna merakamkan video pendek mesra telefon bijak dalam mod menegak dan kemudian menambah kesan khas serta lagu-lagu daripada simpanan muzik.

Pengumuman itu juga dibuat sedang Oracle Corp dan syarikat China, ByteDance, bekerjasama untuk memastikan TikTok kekal beroperasi di Amerika Syarikat, mengalahkan Microsoft Corp dalam perjanjian yang disusun sebagai perkongsian dan bukannya penjualan langsung.

Penyertaan YouTube ke dalam ruang perkhidmatan video berbentuk pendek berlaku pada masa yang sama dengan larangan TikTok di salah satu pasaran terbesarnya, India, berikutan ketegangan yang semakin meningkat antara negara itu dengan China. 

- REUTERS/FZ/fz

Top