Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Yazit Search disahkan alami jangkitan paru-paru

Bekas pemain dram kugiran terkenal Search, Yazit Ahmad, digegaskan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sesak nafas pada awal pagi Selasa (3 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Yazit Search disahkan alami jangkitan paru-paru

Bekas pemain dram kugiran Serach, Yazit Ahmad. (Gambar: Azamuddin Mat Noh/Instagram)

Diterbitkan : 04 Sep 2019 12:13PM Dikemas Kini : 04 Sep 2019 12:15PM

KUALA LUMPUR: Bekas pemain dram kugiran terkenal Search, Yazit Ahmad, digegaskan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sesak nafas pada awal pagi Selasa (3 Sep).

Menurut anak perempuan Yazit, Sheeqa, bapanya sukar bernafas sebaik pulang ke rumah selepas menunaikan solat Subuh di masjid.

Sheeqa memberitahu Astro AWANI bahawa doktor yang merawat bapa beliau mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada bahagian paru-parunya dan meletakkan pesakit itu di bawah zon merah.

Bagaimanapun, Sheeqa menambah, bapanya dalam keadaan stabil setakat ini tetapi doktor terpaksa menidurkannya bagi membolehkannya berehat.

"Doktor sudah buat pemeriksaan dan mendapati ada jangkitan pada paru-paru ayah. Namun begitu, keadaan ayah tidak membimbangkan sangat dan stabil.

"Ayah tidak koma namun doktor terpaksa merehatkannya buat masa ini," ujar Sheeqa ketika dihubungi Astro AWANI.

Sebelum ini, Yazit disahkan menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik hingga membataskan pergerakan beliau sedari beberapa tahun lalu.

Sejak khabar angin itu tersebar, pelbagai pihak tampil untuk menghulurkan bantuan kepada pemain dram tersohor berkenaan.

Penderitaan yang dihadapi Yazit malah juga menerima perhatian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim.

Menurut Astro AWANI, pada 12 Mei lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengunjungi Yazit di kediamannya dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung pemuzik itu.

Pada Selasa malam, Yazit dilaporkan sudahpun menunjukkan perkembangan positif selepas dikeluarkan dari zon merah ekoran menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi di HKL.

Pemain bass XPDC, Zuar, yang datang menziarahi Yazit di hospital berkata rakannya itu mampu memberi respons semasa berinteraksi.

“Yazit sempat buka mata ketika saya sampai, nampak dia sedar kehadiran saya. Walaupun dia tidak bercakap, saya bersyukur bila nampak dia sedar," kata Zuar ketika dihubungi Astro AWANI. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan