Images
  • yazit
    Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad.

Yazit Search 57 tahun, meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57 tahun, meninggal dunia pada pukul 11.53 pagi ini di Hospital Kuala Lumpur.

Rakan baiknya, Encik Ashaari Mohd Nasir mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan yang disampaikan menggunakan aplikasi WhatsApp.

Menurutnya lagi, Allahyarham akan dibawa ke Salehuddin Al-Ayyubi, Taman Melati untuk solat jenazah sebelum ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Cik Ramlah Ahmad, 59 tahun, dan tiga anak iaitu Razilah, 38 tahun; Shahmirnuri, 34 tahun, dan Shafiqa Nurlis, 29 tahun.

- BERNAMA/NA/na

Top