Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Yakin, ikhtiar & jangan letih berdoa' - Elizad Sharifuddin teringin nak jadi ibu

Pelakon dan pengacara Elizad Sharifuddin mendedahkan beliau teringin hendak menimang cahaya mata dengan suaminya, Encik Shamsul Baharin Abdul Rahman.

Anggaran Waktu Membaca:
'Yakin, ikhtiar & jangan letih berdoa' - Elizad Sharifuddin teringin nak jadi ibu

Elizad Sharifuddin. (Gambar: elizadsharifuddin/Instagram)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 11:07AM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 11:11AM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Elizad Sharifuddin mendedahkan beliau teringin hendak menimang cahaya mata dengan suaminya, Encik Shamsul Baharin Abdul Rahman.

Sempena ulang tahun perkahwinannya yang kelima pada 11 Januari lalu, Elizad, 36 tahun, meminta agar orang ramai mendoakan hajat untuk bergelar ibu termakbul, lapor Astro Gempak.

“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang kelima suamiku yang tercinta. Tahun ni kita masih berdua. Tak mengapa perancangan Allah itu cantik. Yakin ikhtiar dan ikhtiar jangan letih berdoa.

“Kamu semua doakan kami sama ya. Mudah-mudahan berkat doa kalian, I will have a chance to become a mother,” tulisnya.

Elizad berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya, menurut Astro Gempak.

Menerusi entri yang sama, Elizad memuat naik video khas memaparkan foto-foto perkahwinannya lima tahun lalu.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang turut mendoakan kebahagiaan Elizad.

Astro Gempak melaporkan bahawa Elizad berkahwin dengan Shamsul pada 11 Januari 2015 yang merupakan duda anak dua.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan