Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Westlife rayu orang ramai bantu cari remaja Ireland hilang, Nora Anne Quoirin

Kumpulan Westlife bukan saja meninggalkan pengalaman manis bagi para peminat yang menghadiri konsertnya di Stadium Malawati Shah Alam, pada Khamis (8 Ogos), malah kumpulan itu juga turut mengambil kesempatan untuk merayu agar semua pihak terus berusaha mencari remaja Ireland, Nora Anne Quoirin.

Anggaran Waktu Membaca:
Westlife rayu orang ramai bantu cari remaja Ireland hilang, Nora Anne Quoirin

Nora Quoirin. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 10 Aug 2019 03:07PM Dikemas Kini : 10 Aug 2019 03:10PM

KUALA LUMPUR : Kumpulan Westlife bukan saja meninggalkan pengalaman manis bagi para peminat yang menghadiri konsertnya di Stadium Malawati Shah Alam, pada Khamis (8 Ogos), malah kumpulan itu juga turut mengambil kesempatan untuk merayu agar semua pihak terus berusaha mencari remaja Ireland, Nora Anne Quoirin.

Beliau dilaporkan hilang dari sebuah resort di Nilai, Negeri Sembilan sejak Ahad lalu.

Dalam satu pengumuman di konsert tersebut pada Khamis (8 Ogos) yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Nick Bryne menggesa orang ramai supaya membantu mencari Nora, lapor Astro Awani.

“Kami pasti ahli keluarga Nora mengharapkan dia kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

“Ahli keluarga Nora juga pasti akan berterima kasih atas pertolongan anda semua. Terima kasih Malaysia,” katanya.

Sementera itu, Westlife menerusi perkongsian di Twitter mereka juga menggesa ‘followers’ mereka supaya berusaha bersama-sama mencari Nora.

Astro Awani melaporkan bahawa gadis berasal dari Ireland itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8.00 pagi, menurut Astro Awani lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan