Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Warga siber pandang serong Bella Astillah keluar bekerja; masih terikat dengan penaja

Penyanyi Bella Astillah memohon segelintir pihak agar jangan mempertikaikan dirinya yang bekerja walaupun masih dalam tempoh idah selama tiga bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga siber pandang serong Bella Astillah keluar bekerja; masih terikat dengan penaja

(Gambar: Bella Astillah/Instagram)

Diterbitkan : 12 Jun 2019 02:32PM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 02:34PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Bella Astillah memohon segelintir pihak agar jangan mempertikaikan dirinya yang bekerja walaupun masih dalam tempoh idah selama tiga bulan.

Bella, atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, berkata tanggungjawabnya perlu diteruskan demi menyara anak lelakinya - Mohamad Ayden Adrean - yang kini berusia dua tahun.

“Kalau kamu boleh tanggung saya, susu dan lampin Ayden, tidak mengapa.

“Saya boleh duduk rumah berkabung tetapi kamu kena beri saya duit. Boleh begitu?” tulisnya di Instagram.

Bekas isteri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu juga menjelaskan kehidupan beliau sebagai ibu tunggal kini bukan mudah kerana terpaksa menyara anaknya sendirian, lapor Malaysiakini.

“Saya keluar cari rezeki semuanya untuk Ayden. Bukan sebab saya tidak pandai jaga idah. Ibu dan ayah saya masih ada menjaga.

“Saya bukan suka-suka tetapi untuk anak saya. Kalau saya tidak kerja, bukan kamu mahu tolong,” tulis beliau lagi tanpa menyebut nama pihak yang mempersoalkan statusnya itu.

Sebagai ulasan lanjut, Bella juga ditukil Malaysiakini sebagai berkata bahawa kontrak yang ditandatangani bersama usahawan di Instagram membuatkan dirinya terikat untuk terus bekerja dan mempromosikan produk mereka.

“Jadi saya kena teruskan kerja. Tidak mungkin disebabkan kejadian itu (cerai), tiga bulan saya tidak boleh kerja.

“Saya sudah tandatangan kontrak dengan pemilik kedai di Instagram. Tidak adil kepada mereka,” ujarnya.

Sebelum ini, lapor Malaysiakini, penyanyi 'Bersama di Hari Raya' diceraikan talak satu oleh Aliff Aziz selepas satu demi satu dakwaan kecurangan bekas suaminya itu terbongkar.

Pasangan tersebut mendirikan rumahtangga pada September 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan