Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Warga M'sia teruja banyak kereta Proton dalam filem Chris Hemsworth di Netflix

Antara filem terbaru terbitan Netflix adalah filem "Extraction", dibintangi Chris Hemsworth yang cukup sinonim dengan watak Thor dari siri filem Marvel. Namun selain aksi dalam filem dan susuk badan Hemsworth yang sasa, satu ciri dari filem itu menarik perhatian ramai penonton di Malaysia...

Anggaran Waktu Membaca:
Warga M'sia teruja banyak kereta Proton dalam filem Chris Hemsworth di Netflix

(Gambar: Paultan.org)

Diterbitkan : 10 May 2020 01:28AM Dikemas Kini : 10 May 2020 01:36AM

MALAYSIA: Dengan kebanyakan orang meluangkan lebih banyak masa di rumah ekoran pandemik COVID-19, pasti terdapat sebilangan yang sempat menonton banyak filem dan rancangan di khidmat penstriman Netflix.

Antara filem terbaru terbitan Netflix adalah filem "Extraction", dibintangi Chris Hemsworth yang cukup sinonim dengan watak Thor dari siri filem Marvel. Namun selain aksi dalam filem dan susuk badan Hemsworth yang sasa, satu ciri dari filem itu menarik perhatian ramai penonton di Malaysia: kereta Proton.

Laman World of Buzz melaporkan banyak model kereta kebangsaan Malaysia itu boleh dilihat dalam filem itu, membuat sebilangan penonton tertanya-tanya.

Dari Satria Neo hingga ke Savvy, kehadiran kereta tersebut sangat jelas dalam babak-babak aksi filem itu, menurut World of Buzz.

Laman SoyaCincau menghubungi Sam Hargrave, pengarah filem itu untuk mendapatkan penjelasan.

Beliau menjelaskan bahawa semasa tinjauan mereka ke Dhaka, Bangladesh dan merata India, pasukan penerbitan terlihat banyak kereta Proton di jalan-jalan raya.

"Untuk kelihatan seasli mungkin, kami ingin memastikan kereta Proton terpampang dalam filem. Malah terdapat beberapa kenderaan polis di Dhaka, Bangladesh yang dibuat oleh Proton. Jadi kami ingin menghasilkan babak tulen. Ia sebenarnya adalah memastikan ia kelihatan tulen dan benar mengikut wilayah," kata Hargrave kepada SoyaCincau.

Walaupun dalam filem Extraction, Hemsworth tidak memandu kereta Proton, jelas sebilangan penonton di Malaysia rasa bangga kereta itu dipaparkan dengan ketara dalam antara filem aksi terkini Netflix.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan