Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Walaupun satu undi, saya okay" - kata Azwan Ali yang akan lawan abang sendiri dalam PRU14

"Panas, panas... panas, saya boleh sahkan bahawa saya menggunakan logo Gajah," kata Azwan Ali.

Anggaran Waktu Membaca:
"Walaupun satu undi, saya okay" - kata Azwan Ali yang akan lawan abang sendiri dalam PRU14

(Gambar: Azwan Ali/Facebook)

Diterbitkan : 26 Apr 2018 10:18PM Dikemas Kini : 26 Apr 2018 10:24PM

SHAH ALAM: Nama selebriti Azwan Ali kali ini kembali 'hangat' apabila beliau menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU14) sebagai calon bebas.

Menurut Azwan, beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa untuk menentang abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga merupakan penyandang kerusi tersebut.

Malah, beliau sudahpun menetapkan logo gajah sebagai logo kempennya.

"Panas, panas... panas, saya boleh sahkan bahawa saya menggunakan logo Gajah.

"Saya akan bertanding sebagai calon Bebas, sebab apa saya ke sana kerana, saya yakin rakyat di Bukit Antarabangsa, muak dengan janji palsu Azmin Ali," jelasnya, seperti yang dipetik Astro Awani.

Azwan menambah beliau tidak akan memasang poster seperti kebiasaan yang dilakukan calon PRU lain. Sebaliknya, katanya, beliau ada pendekatan tersendiri.

“Cara-cara tu semua old fashion (fesyen lama). It is not my level (Bukan taraf saya). Kerana, saya ada cara tersendiri,” katanya dalam satu temu bual bersama Astro Awani.

Dalam pada itu ketika ditanya taruhan terbaik beliau buat rakyat Bukit Antarabangsa, Azwan menggariskan lima aku janji buat mereka.

"Antaranya, konsep turun padang tiap hari demi rakyat; hapuskan politik rasuah serta merta; masalah air Selangor diselesaikan secepat mungkin; rumah mampu milik untuk rakyat dan kerap sesi sedekah bersama rakyat," katanya

Sementara itu ketika ditanya tahap keyakinan beliau untuk meraih undi di kerusi berkenaan, Azwan menjelaskan, beliau tidak kisah sekiranya beliau hanya mendapat satu undi.

"Saya telah selesai urusan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jadi ini membuktikan bahawa saya serius untuk bertanding

"Saya tetap yakin, walaupun satu undi, saya okay, ia sudah cukup berharga bagi saya meskipun hilang wang pertaruhan, itu duit saya bukan duit anda," katanya lagi, menurut laporan Astro Awani. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan