Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Wak Doyok sertai Amanah

Selebriti bermisai lentik, Wak Doyok, sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas khabar pelibatannya dalam dunia politik tersebar.

Anggaran Waktu Membaca:
Wak Doyok sertai Amanah

(Gambar: @wakdoyok/ Instagram)

Diterbitkan : 07 Jul 2018 08:52PM Dikemas Kini : 07 Jul 2018 08:56PM

MALAYSIA: Selebriti bermisai lentik, Wak Doyok, sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas khabar pelibatannya dalam dunia politik tersebar.

Pada hujung minggu lalu, jejaka berusia 38 tahun itu dikatakan menyertai Amanah. Hari ini (7 Jul), Wak Doyok, atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, mengesahkan perkara itu dengan Malaysiakini.

"Saya baru sahaja menyerahkan borang di pejabat cawangan baru, Seksyen 13 Shah Alam. Saya difahamkan mungkin proses untuk mendapatkan nombor keahlian boleh memakan masa sehingga sebulan.

"Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti Mohamad Sabu, Khalid Abdul Samad, Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefli Ahmad.

"Saya memang bergiat aktif untuk masyarakat sejak dulu, kali ini saya ingin mengajak anak-anak muda agar menjadi bangsa lebih dihormati di mata antarabangsa dan membantu membentuk belia yang mempunyai perancangan masa depan,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pereka fesyen tempatan itu pernah dilihat menghadiri majlis-majlis Barisan Nasional. Namun beliau mendakwa kehadirannya hanya atas undangan. Beliau juga pernah mengaku menjadi ahli Pas sejak 1998, lapor Malaysiakini.

Menyedari tindakannya itu menerima kecaman daripada rakyat tempatan, Wak Doyok menegaskan tiada yang pelik dengan tindakannya itu kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

"Yang tidak berpuas hati, mereka tidak berhak untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti.

"Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan.

"Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun mendaftar sebagai pengundi," katanya.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan