Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Vokalis utama kumpulan K-Pop BTS disiasat sebabkan kemalangan

Seorang anggota kumpulan K-Pop, BTS sedang disiasat polis selepas mengaku menyebabkan kemalangan selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah teksi, menurut pihak pengurusan kumpulan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Vokalis utama kumpulan K-Pop BTS disiasat sebabkan kemalangan

Anggota BTS Jung Kook mengakui kesalahan trafik yang dilakukannya.

Diterbitkan : 05 Nov 2019 01:55PM Dikemas Kini : 05 Nov 2019 01:59PM

SEOUL: Seorang anggota kumpulan K-Pop, BTS sedang disiasat polis selepas mengaku menyebabkan kemalangan selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah teksi, menurut pihak pengurusan kumpulan itu.

Dalam kejadian minggu lalu, vokalis utama BTS, Jung Kook sedang memandu di Seoul sebelum melanggar sebuah teksi akibat kesilapan yang dilakukannya, menurut pengurus Big Hit Entertainment semalam (4 Nov). Penyanyi berusia 22 tahun itu segera mengakui kesalahan trafik yang dilakukannya dan disiasat polis.

“Kedua-dua mangsa dan Jung Kook tidak mengalami kecederaan serius,” menurut Big Hit dalam satu kenyataan.

“Beliau memberi kenyataan di jabatan polis dan mencapai satu persetujuan yang munasabah dengan mangsa,” katanya lagi.

Pengurusan Jung Kook atau nama sebenarnya Jeon Jung-kook turut meminta maaf kepada mangsa dan para peminatnya. Bagaimanapun ia tidak menjelaskan punca kemalangan kerana siasatan masih lagi dijalankan. Namun media tempatan menyatakan baahwa Jung Kook melanggar isyarat lalu lintas.

Para pegawai polis di pusat Seoul daerah Yongsan enggan memberikan sebarang komen, dan menjelaskan ia disebabkan oleh peraturan-peraturan dalaman.

Kumpulan BTS yang dianggotai 7 jejaka itu, menerajui gelombang muzik pop Korea masa kini dengan tiga album nombor satu di carta Billboard, dalam masa kurang daripada setahun.

Mereka turut dicalonkan dalam Anugerah Grammy 2019, selain mengadakan konsert di New York dan Arab Saudi.

Kumpulan itu mengakhiri siri konsert jelajah dunia minggu lalu, yang termasuk 10 bandar dengan beraksi di hadapan lebih daripada 1 juta peminat secara keseluruhan.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan