Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Vokalis 'rock kapak' Awie kini lancarkan koleksi baju tradisional Melayu 'Tokwi'

Pernah teringin untuk berpakaian seperti artis 'rock' pada pagi Hari Raya, tetapi takut dipandang sinis oleh sanak saudara? Ini berita baik bagi peminat tegar 'rock kapak'!

Anggaran Waktu Membaca:
Vokalis 'rock kapak' Awie kini lancarkan koleksi baju tradisional Melayu 'Tokwi'

WINGS memakai busana Tokwi. (Gambar: @awieofficial/ Instagram)

Diterbitkan : 06 Jun 2018 11:54PM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 11:59PM

KUALA LUMPUR: Pernah teringin untuk berpakaian seperti artis 'rock' pada pagi Hari Raya, tetapi takut dipandang sinis oleh sanak saudara? Ini berita baik bagi peminat tegar 'rock kapak'!

Menurut laporan Harian Metro, vokalis kumpulan Wings, Awie, bakal melancarkan koleksi busana tradisional jenama Tokwi, tahun ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa makna di sebalik nama jenama tersebut?

“Nama Tokwi itu sendiri berasal dari keturunan datuk saya dari beberapa generasi lalu,” jelas Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, kepada Harian Metro.

Tambah beliau lagi, beliau sudah lama tertarik kepada busana tradisional, dan ilham bagi rekaan pakaian tersebut datang daripada dirinya sendiri.

“Soal rekaan tidak susah kerana semuanya sama saja, cuma padanan warna itu yang penting," kongsi beliau lagi kepada Harian Metro apabila ditanya tentang rekaan.

Bagi sesetengah pihak, mungkin 'tidak sah' jika Awie membuat penampilan tanpa 'sayap'nya. Maka itu, ahli kumpulan Wings turut bersama beliau memperagakan busana label tersebut di sebuah persembahan baru-baru ini.

Mereka yang mengenakan koleksi busana Tokwi. (Gambar: @awieofficial/ Instagram)

“Saya meminta anggota Wings menggayakan koleksi busana Tokwi ketika di pentas contohnya pada persembahan bertemakan nostalgia Jalan Tuanku Abd Rahman, minggu lalu (26 Mei)," jelas Awie.

Namun para peminat mungkin perlu tunggu sedikit masa sebelum boleh mula bergaya ala lagenda rock Malaysia ini, kerana ia hanya akan diperagakan kepada orang ramai secara rasmi pada pertunjukan fesyen di Pavilion, Kuala Lumpur, lusa (9 Jun).

Berkongsi perancangan masa depannya pula, Awie mendedahkan bahawa pihaknya akan membuka butik jenama Tokwi untuk peminat.

"Mengikut perancangan, kami akan membuka butik di kawasan Gombak.

“Soal harga pula jangan risau, saya tahu untuk busana tradisional seperti ini boleh mencecah sehingga RM600 ringgit kerana kualiti kain.

“Sebab itu, pihak kami akan berikan harga kasih sayang," katanya kepada Harian Metro.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan