Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Vokalis Blackfire Azmi Bahari meninggal dunia

Vokalis kumpulan Blackfire Azmi Bahari, 58 tahun, meninggal dunia akibat angin ahmar sekitar 5.00 pagi pada Sabtu (13 April), menurut laporan media Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Vokalis Blackfire Azmi Bahari meninggal dunia

Allahyarham Azmi Bahari (dua dari kiri) dan rakan-rakan sekumpulan Blackfire (Gambar: Facebook/Blackfire Malaysia)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 11:45PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 11:57PM

JOHOR BAHRU: Vokalis kumpulan Blackfire Azmi Bahari, 58 tahun, meninggal dunia akibat angin ahmar sekitar 5.00 pagi pada Sabtu (13 April), menurut laporan media Malaysia.

Utusan Online melaporkan Allahyarham Azmi, yang diserang penyakit tersebut lima tahun lalu, meninggalkan seorang balu, Sabariah Jais, 55 tahun, dan tiga orang anak.

“Arwah Azmi sudah lama sakit. Beliau merupakan seorang yang ceria dan mudah berdamping dengan sesiapa sahaja,” kata Cik Sabariah - yang dikenali dalam majalah Gila-Gila sebagai kartunis Cabai - seperti ditukil Utusan.

Laman MHETV.my melaporkan, Allahyarham Azmi sebelum ini juga pernah menjadi wartawan, penulis dan tulang belakang antaranya untuk majalah Anak-Anak Sidek, majalah Cabai dan Berita Publishing.

Sinar Harian melaporkan, kumpulan Blackfire yang diterajui Allahyarham terkenal pada era tahun 1980-an, dan kerap membuat persembahan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Kumpulan tersebut menghasilkan album studio 'Lahirnya Dari Api' dan album live, 'The Hereafter Live 1988', menurut Sinar Harian.

Media Malaysia turut melaporkan bahawa jenazah Allahyarham Azmi selamat dikebumikan sekitar tengah hari Sabtu di Tanah Perkuburan Selayang Baru.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan