Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Vivy Yusof selamat bersalin, namakan anak bongsu Sarah Ilham Shah

Usahawan Malaysia dan pengasas jenama fesyen terkenal FashionValet, Vivy Yusof dikhabarkan selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga pada petang Rabu (10 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Vivy Yusof selamat bersalin, namakan anak bongsu Sarah Ilham Shah

Vivy Yusof dan suaminya, Fadzarudin Shah Anuar. (Gambar: @vivyyusof/Instagram)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 10:57AM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 11:08AM

KUALA LUMPUR: Usahawan Malaysia dan pengasas jenama fesyen terkenal FashionValet, Vivy Yusof dikhabarkan selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga pada petang Rabu (10 Okt).

Menurut laporan Astro Awani, berita gembira itu dikongsi oleh suami Vivy, Fadzarudin Shah Anuar menerusi akaun Instagramnya.

Astro Awani menukil Encik Fadzarudin sebagai berkata keadaan Cik Vivy dan bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan stabil.

Malah, pasangan itu turut mengumumkan nama anak perempuan mereka, iaitu Sarah Ilham Shah.

Encik Fadzarudin terlebih dahulu memuat naik gambar beliau menemani Cik Vivy di hospital menerusi Instastory, lapor Astro Awani.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 5 tahun, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan