Images
  • guns n roses
    (Gambar: Guns N Roses/Instagram)

Video lagu rock 'Sweet Child O' Mine' cecah 1 bilion tontonan di YouTube

AMERIKA SYARIKAT: Lagu 'Sweet Child O' Mine' dendangan kugiran Guns N Roses pada tahun 1987 berjaya mencatatkan tontonan berjumlah 1 billion di laman media YouTube. Ia sekali gus menjadi video muzik pertama dari era 80-an untuk melepasi rekod 1 bilion tontonan.

Bahkan, menurut portal Variety, kugiran itu juga mengungguli carta sebagai artis popular 80-an dan 90-an di platform tersebut.

Lagu 90-an oleh kugiran sama yang berjudul 'November Rain' juga menjadi satu-satunya video muzik pada era tersebut yang mencatat rekod lebih 1 billion tontonan.

Ini bukan perkara baharu buat kugiran berkenaan.

Sebelum ini, album pertama mereka juga pernah mencipta sejarah sebagai album sulung paling laris dengan 30 juta terjual di seluruh dunia. 

- Agensi berita/FZ/fz

Top