Video ketujuh BTS 'Blood Sweat & Tears' cecah 600 juta tontonan di Youtube
Video muzik kumpulan K-pop BTS "Blood Sweat & Tears" menarik lebih 600 juta tontonan di YouTube, menjadikan ia video ketujuh yang mencecah tahap tersebut, lapor Yonhap memetik agensi pengurusan kumpulan itu pada Jumaat.
SEOUL: Video muzik kumpulan K-pop BTS "Blood Sweat & Tears" menarik lebih 600 juta tontonan di YouTube, menjadikan ia video ketujuh yang mencecah tahap tersebut, lapor Yonhap memetik agensi pengurusan kumpulan itu pada Jumaat.
Big Hit Entertainment berkata "Blood Sweat & Tears," lagu yang terkandung dalam album penuh kedua kumpulan berkenaan, "Wings," mencapai angka itu di YouTube sekitar pukul 5.00 pagi Jumaat.
Ia menjadi video muzik ketujuh BTS yang mendapat jumlah tontonan popular di laman penstriman video dunia, menjejaki "DNA," "Boy With Luv,", "Fake Love," dan "Fire" dan dua lagu lain.
Sejak dilancarkan pada Oktober 2016, "Blood Sweat & Tears" telah menerima populariti meluas, kerana menggambarkan konflik serta perkembangan remaja terhadap rentak dan irama Moombahton.
Album "Wings" menduduki tempat ke-26 di carta album utama Billboard 200, pada masa itu, yang merupakan kedudukan tertinggi pernah dicapai artis Korea Selatan untuk carta itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.