Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Vida mohon maaf secara terbuka kepada Aishah, tidak mahu larutkan lagi sengketa

Jutawan kosmetik Malaysia, Hasmiza Othman, pada Sabtu (6 Jul) memohon maaf secara terbuka kepada juara pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah, berhubung kontroversi hadiah berlian palsu yang tercetus sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Vida mohon maaf secara terbuka kepada Aishah, tidak mahu larutkan lagi sengketa

Anak perempuan Dr Seri Vida menyerahkan wang tunai berjumlah RM100,000 kepada ibunya semasa sidang media pada 6 Jul 2019 bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Jul 2019 10:48PM Dikemas Kini : 06 Jul 2019 10:50PM

IPOH: Jutawan kosmetik Malaysia, Hasmiza Othman, pada Sabtu (6 Jul) memohon maaf secara terbuka kepada juara pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah, berhubung kontroversi hadiah berlian palsu yang tercetus sebelum ini.

Cik Hasmiza, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, berkata beliau tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut setelah kontroversi yang berlarutan lebih setahun lalu diselesaikan menerusi pengantaraan di Kompleks Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur pada Isnin lepas (1 Jul).

"Saya akui telah terkhilaf dalam mengumumkan harga barang kemas yang mana harga tersebut merupakan harga belian ketika saya membeli satu ketika dahulu.

"Saya membuat permohonan maaf ini selepas mengambil kira segala faktor dan kesan-kesan yang mana secara langsung melibatkan beberapa pihak yang terpalit sama dalam kes ini," ujar Vida semasa sidang media khas di kediamannya di Meru Raya, Ipoh.

Persengketaan antara beliau dengan penyanyi Aishah - atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54 tahun - tercetus apabila penyanyi terkenal itu membuat pendedahan bahawa hadiah rantai bernilai RM80,000 (S$26,300) yang ditaja usahawan kosmetik berkenaan dalam program realiti televisyen GV4 adalah palsu.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu hanya mengetahui barangan kemas yang diterima sebagai juara program tersebut bukan tulen selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas.

Rentetan daripada itu, sengketa antara mereka berpanjangan sehinggalah Aishah membuat keputusan membawa kes tersebut ke mahkamah.

Sementara itu, anak perempuan Vida iaitu Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B, 14 tahun, membuat kejutan di sidang media pada Sabtu dengan menyerahkan wang tunai berjumlah RM100,000 (S$32,875) kepada ibunya bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

Ketika ditemui media, Nur Edlynn Zamilleen berkata wang itu merupakan hasil daripada jualan produk keluarannya iaitu Salmon Skin. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan