Images
  • vee
    (Gambar: vanidah_imran/ Instagram)

Vanidah Imran enggan ulas khabar angin sudah bercerai

PETALING JAYA: Mahligai rumah tangga pelakon Vanidah Imran dengan Rashidi Ishak dikhabarkan sudah musnah.

Namun, ketika mStar meminta kepastian daripada pelakon yang mesra dengan sapaan Vee, beliau memilih untuk terus berdiam. Vanidah, 45 tahun, tidak mahu memberi sebarang kenyataan mengenai rumah tangganya kerana tidak mahu memanjangkan gosip itu.

"Kami berdua pilih untuk tidak mengulas tentangnya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada mStar semalam (19 Ogos).

Media tempatan sebelumnya melaporkan pasangan itu tidak lagi bersama dan sudah membawa haluan masing-masing. Malah, mereka kelihatan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.

Menurut mStar, pasangan itu berpisah secara baik. Hak penjagaan anak pula diserahkan kepada Vanidah.

Vanidah dan Rashidi, 45 tahun, berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata - Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14.  

- Agensi berita/AQ/aq

Top