Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Usahawan kosmetik M'sia Datuk Seri Vida rentas negeri ziarah pusara anak

Usahawan kosmetik terkenal dari Malaysia Datuk Seri Vida mengambil peluang kebenaran merentas negeri untuk menziarahi pusara dua orang anaknya iaitu Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri.

Anggaran Waktu Membaca:
Usahawan kosmetik M'sia Datuk Seri Vida rentas negeri ziarah pusara anak

(Gambar: Instagram/DS Vida)

Diterbitkan : 15 Oct 2021 11:23AM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 11:24AM

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik terkenal dari Malaysia Datuk Seri Vida mengambil peluang kebenaran merentas negeri untuk menziarahi pusara dua orang anaknya iaitu Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, ini kali pertama dia menjejakkan kaki menziarahi pusara anaknya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini, menukil Astro AWANI.

Menerusi laman sosial Instagram, Vida berkongsi perjalanannya ke Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh.

“Sewaktu itu mereka 10 tahun dan 11 tahun, dah 8 tahun mereka takde, dan mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.

“Jadi, inilah rentas negeri pertama saya, daripada tak boleh datang ke kawasan kubur, alhamdulillah hari ini boleh datang.

“Anak saya sangat hebat, dua-dua orang ni ahli syurga tertinggi Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikri.

"Kalau ada, mereka dah berumur 20 tahun. Anak mama yang hebat,” kata Vida di dalam video itu, seperti dinukil Astro AWANI.

Tambah Vida lagi, masih segar dalam ingatannya mengenai insiden hitam yang meragut nyawa anak-anaknya itu.

“Dua putera saya dijemput ilahi dalam satu musibah dan tragedi yang tak boleh dilupakan sepanjang hayat.

“Pemergian mereka umpama saya pun turut ‘pergi’.

"Tiga bulan saya gagah bangkit melawan kesakitan kehilangan orang yang tersayang yang pergi tak kembali.

“Anak-anak syurga saya ni sedang menunggu saya di sana untuk kembali bersatu. Tunggu mama dan doakan mama,” ujar Vida lagi, seperti dinukil Astro AWANI.

Arwah Eddie dan Edrie meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah teres dua tingkat pada tahun 2013 di mana anak-anaknya ditemui di dalam bilik air.

Dalam tragedi tersebut, seorang pekerjanya turut terkorban dan dikebumikan di kampung halamannya di Bota, Perak.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan