Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Usaha kumpul dana bantu Baharom Paiman yang hidap barah usus

Satu lagi usaha mengumpul dana untuk membantu seorang anak seni tanah air yang sedang gering.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jul 2021 10:58PM Dikemas Kini : 07 Jul 2021 10:58AM

SINGAPURA: Satu lagi usaha mengumpul dana untuk membantu seorang anak seni tanah air yang sedang gering.

Sekumpulan artis tempatan akan mempersembahkan nyanyian di wadah media sosial untuk Baharom Paiman - penggubah, penulis dan penerbit lagu.

Kumpulan Al-Jawaher bakal bergabung suara dan bakat dengan penyanyi Zulkarnain Othman dari kumpulan Outcry dan pemuzik Abdul Shukor Jalil untuk menyanyikan semula lagu malar segar mereka demi tujuan amal pada akhir Julai ini.

Itulah usaha yang dijalankan untuk mengumpul dana bagi Encik Baharom, 61 tahun, yang menghidap barah usus tahap sejak tiga awal tahun ini.

Bakat luar biasa itu telah menerbitkan album dan menggubah lebih 100 buah lagu untuk artis-artis di Singapura dan Malaysia. Beliau

"Dapat tahu Encik Baharom ini tak beberapa sihat, jadi saya dengan Abang Syukor mengatakan kenapa kita tak buat sesuatu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai. di waktu COVID ini, di waktu pandemik ini.

"Saya cadangkan untuk buat video muzik, dan sesiapa yang menontonnya ada tertera Paynow bagi isteri Encik Baharom. Jadi setiap kali video itu dimainkan ataupun dikongsi di media sosial, nama Paynow itu dikongsi sama dan ia berterusan," kata penyanyi Zulkarnain Othman.

"Al-Jawaher akan bawa lagu secara akustik dan akan di rakam videonya serta dimuatnaikkan di YouTube," kongsi anggota Al Jawaher Norhayatie Yusop.

Usaha amal itu dan sama ada perlu persatuan rasmi ditubuhkan untuk membantu anak seni yang memerlukan dibincangkan dalam rancangan DETIK pada Rabu malam (7 Jul). 

Sumber : BERITA Mediacorp/MY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan