Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal rangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik di Festival ANIMAZE 2019

Filem animasi tempatan Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya merangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik dalam Festival Animasi Antarabangsa 2019 di Montreal, Kanada pada 4 September lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal rangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik di Festival ANIMAZE 2019

(Gambar: Upin & Ipin/Facebook)

Diterbitkan : 17 Sep 2019 09:27PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 09:39PM

KUALA LUMPUR: Filem animasi tempatan Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya merangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik dalam Festival Animasi Antarabangsa 2019 di Montreal, Kanada pada 4 September lalu.

Kejayaan Les' Copaque Productions Sendirian Berhad itu berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Filem arahan Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli itu adalah antara 65 filem animasi antarabangsa yang bertanding.

Pengiktirafan itu, jelas membuktikan bahawa filem animasi 3 Dimensi (3D) tempatan mempunyai skrip dan sudut penceritaan, animasi berkualiti tinggi serta elemen muzik Keris Siamang Tulang yang menepati standard antarbangsa.

Filem Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal mula ditayangkan pada 21 Mac lalu dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta (S$8.22 juta) dalam tempoh tiga minggu ditayangkan.

Malah sebanyak 2 juta penonton telah menyaksikan filem terbaru Les' Copaque Production itu.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan