Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Untung $3,700 sehari menerusi Bitcoin? Aaron Aziz nafi desas-desus

Dahulu berlakon sebagai mata-mata, kini bergelar peniaga mata wang pula? Begitulah khabar angin yang dikaitkan dengan pelakon Aaron Aziz baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Untung $3,700 sehari menerusi Bitcoin? Aaron Aziz nafi desas-desus

Pelakon Aaron Aziz (Gambar: Instagram/Aaron Aziz)

Diterbitkan : 26 Oct 2018 07:46PM Dikemas Kini : 26 Oct 2018 07:57PM

BERITAMediacorp: Dahulu berlakon sebagai mata-mata, kini bergelar peniaga mata wang pula? Begitulah khabar angin yang dikaitkan dengan pelakon Aaron Aziz baru-baru ini.

Namun, tegas bekas pelakon drama 'Heartlanders' di Saluran 5 pada satu ketika dahulu itu, berita ini tidak benar sama sekali.

"Assalamualaikum semua! Saya menerima banyak teks dan emel tentang bitcoin dan bagaimana saya dapat banyak wang melaluinya dan sebagainya. Jangan percaya. Ini satu penipuan!" tulis Aaron Aziz di laman Instagram beliau pada 24 Oktober.

Dalam catatan yang turut melampirkan petikan laman internet yang mendakwa beliau meraih pendapatan hampir $4,000 sehari tanpa berlakon itu, Aaron turut menasihatkan para peminatnya agar jangan mudah diperdaya.

"Saya tidak tahu menahu dan tidak terlibat langsung! Ini semua tipu, ok! Hati-hati jangan mudah percaya (dengan) apa yang anda semua baca di Internet. Thank you".

Catatan tersebut menerima lebih 2,100 tanda suka dan 30 komen setakat ini (26 Okt) yang antara lain termasuk ucapan terima kasih oleh pengikut akaunnya atas tindakan Aaron tampil memperjelaskan khabar angin itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan