Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Unfollow' di Instagram, benarkah hubungan Emma, Syed Abdullah retak?

Pelakon seberang tambak Emma Maembong dan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, sudah tidak saling mengikuti di Instagram. Ini setelah hubungan mereka dilanda kontroversi, menurut Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
'Unfollow' di Instagram, benarkah hubungan Emma, Syed Abdullah retak?

(Gambar: emma_maembongofficial/Instagram)

Diterbitkan : 10 Feb 2019 10:24PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 10:25PM

KUALA LUMPUR: Pelakon seberang tambak Emma Maembong dan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, sudah tidak saling mengikuti di Instagram. Ini setelah hubungan mereka dilanda kontroversi, menurut Astro Awani.

Menurut Astro Awani, carian terbaru di akaun Instagram Emma mendapati beliau hanya mengikuti tiga akaun, malah dia juga tidak mengikuti akaun mana-mana rakan artis, termasuk ahli keluarganya.

Manakala, Syed Abdullah pula bertindak 'menyembunyikan' (archive) gambar-gambar yang dimuat naik bersama Emma, namun ia hanya untuk tempoh selama beberapa jam.

Sejak memutuskan untuk menanggalkan tudung empat hari lalu, Emma menerima pelbagai kecaman hebat namun masih ada peminat yang memberikan nasihat kepadanya.

Mereka menasihati pelakon cantik molek itu supaya jangan begitu teruja memuat naik gambar penampilan terbarunya ketika hal berkenaan masih hangat diperkatakan, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan