Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Undian bagi finalis keempat Anugerah 2021 dibuka

Sekitar dua minggu sahaja lagi, musim ke-11 peraduan Anugerah yang disiarkan di saluran Suria akan mencapai kemuncaknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Undian bagi finalis keempat Anugerah 2021 dibuka

Enam peserta ini calon finalis Anugerah 2021. (Gambar: Mediacorp Suria)

Diterbitkan : 24 Mar 2021 09:06PM Dikemas Kini : 25 Mar 2021 12:43AM

SINGAPURA: Sekitar dua minggu sahaja lagi, musim ke-11 peraduan Anugerah yang disiarkan di saluran Suria akan mencapai kemuncaknya.

Daripada 500 bakat yang mencuba nasib, hanya satu sahaja yang akhirnya akan bergelar juara.

Setakat ini, tiga finalis sudah dipilih pengadil - O.M.A (One Metre Apart), Saát dan Ace Iskandar.

Tinggal satu tempat sahaja bagi seorang finalis dan siapa yang bakal mengisi tempat itu terletak di tangan anda.

Pengundian sudahpun dimulakan sejak 6.00 petang tadi (24 Mac). Enam peserta boleh menjadi pilihan, iaitu Anak-Anak Haron, Azra Zulaikha, Fatin Adriana, Raliff Ismail, Muhd Haziq ataupun Zulhimi Zulkifli.

Anda boleh mengundi dengan melungsuri mediacorp.sg/anugerah sehingga Jumaat (26 Mac), 6.00 petang. Setiap peminat boleh mengundi sehingga 20 kali sehari.

Keputusannya akan diumumkan pada Selasa depan (30 Mac) di mana markah juri akan membentuk 40 peratus prestasi peserta sementara 60 peratus terletak pada undian awam.

Peringkat akhir Anugerah 2021 akan disiarkan secara langsung pada 9 April. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan