Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Uji Rashid terduduk selepas baca berita

Penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Uji Rashid dikatakan kesal berikutan tersebarnya berita tidak tepat tentang dirinya yang dikatakan diusir dari kediamannya sekarang sehingga terpaksa memohon untuk menetap di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), menurut laporan Astro AWANI.

Anggaran Waktu Membaca:
Uji Rashid terduduk selepas baca berita

Noh Omar (tengah) bersama Uji Rashid yang ditemani anak dan cucunya ketika membuat permohonan memohon rumah PPR. (Gambar: Facebook/Noh Omar)

Diterbitkan : 17 Mar 2018 09:37AM Dikemas Kini : 17 Mar 2018 09:39AM

PETALING JAYA : Penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Uji Rashid dikatakan kesal berikutan tersebarnya berita tidak tepat tentang dirinya yang dikatakan diusir dari kediamannya sekarang sehingga terpaksa memohon untuk menetap di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), menurut laporan Astro AWANI.

Berita yang viral sejak Rabu lalu (14 Mac) itu membuatkan Uji menanggung malu untuk berhadapan dengan orang ramai akibat pandangan serong yang dilemparkan terhadapnya.

Menurut pengurus Uji, Kit Rushuhaimin yang dipetik daripada sebuah portal berkata, penyanyi yang popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu mengadu tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan persepsi masyarakat terhadapnya selepas berita itu tersebar.

"Dia terduduk selepas membaca berita tentang itu dan mengadu pada saya bahawa dia benar-benar malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai,” katanya.

Laporan Astro AWANI melaporkan bahawa Kit berkata Uji juga kini berada dalam keadaan tertekan apabila dihubungi pelbagai pihak yang menanyakan tentang perkara tersebut.

Ia difahamkan bahawa Uji memohon bantuan PPR bukan kerana diusir dari kediamannya, tetapi sekadar alternatif untuk mengurangkan beban mereka sekeluarga yang kini menyewa di sebuah rumah di Ampang.

Apatah lagi sejak setahun lalu, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu turut menyara cucu dan anak lelakinya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico yang sakit.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan