Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

U2 umum konsert jelajah 30 Nov di S'pura

Kugiran rock terkenal Ireland U2 akan mengadakan konsert jelajah 'The Joshua Tree Tour' di Singapura pada 30 Nov, menurut pihak penganjur LiveNation hari ini (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
U2 umum konsert jelajah 30 Nov di S'pura

Kugiran rock terkenal Ireland U2. (Gambar: Facebook/U2)

Diterbitkan : 14 Jun 2019 04:31PM Dikemas Kini : 14 Jun 2019 04:36PM

SINGAPURA: Kugiran rock terkenal Ireland U2 akan mengadakan konsert jelajah 'The Joshua Tree Tour' di Singapura pada 30 Nov, menurut pihak penganjur LiveNation hari ini (14 Jun).

Anggota kugiran U2 - Bono, The Edge, Adam Clayton dan Larry Mullen Jr akan membuat persembahan di Singapura dan Seoul buat julung-julung kalinya, selain juga di Tokyo, di mana mereka kali terakhir membuat persembahan pada 2016 di bawah jelajah Vertigo Tour.

Tiket-tiket berharga S$98 hingga S$368 dan boleh dibeli menerusi laman web SportsHub.

Penjualan tiket akan dibuka terlebih dahulu kepada para pelanggan laman web kugiran itu mulai 10.00 pagi pada Isnin hingga Rabu jam 5.00 petang.

Orang ramai boleh mula membeli tiket pada Khamis jam 10.00 pagi. Para pelanggan laman web boleh membeli hingga empat tiket manakala orang awam boleh membeli hingga lapan tiket.

Pakej-pakej 'VIP' juga ditawarkan.

Siri jelajah 'The Joshua Tree Tour 2019' bermula di Auckland, New Zealand pada 8 November. Awal minggu ini, ia mengumumkan tiket-tiket bagi konsert U2 di New Zealand dan Australia sudah pun habis dijual.

Siri konsert itu bagi meraikan album 'The Joshua Tree' yang dikeluarkan pada 1987. Konsert U2 itu akan mempersembahkan keseluruhan album tersebut di samping pilihan lagu-lagu lain dari koleksinya yang luas.

Album itu mengandungi lagu-lagu hit seperti 'With or Without You' dan 'Where The Streets Have No Name' dan mencatat penjualan 25 juta album, yang membantu U2 menempah nama sebagai kugiran rock terkenal.

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan