Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tudung Neelofa bakal tembusi pasaran Eropah

Tudung jenama Naelofar Hijab akan menembusi pasaran United Kingdom dan Perancis tidak lama lagi, sekali gus menjadikan keinginan Neelofa Mohd Noor, untuk mengembangkan perniagaannya di pasaran antarabangsa satu kenyataan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tudung Neelofa bakal tembusi pasaran Eropah

(Gambar: neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 06 Dec 2018 03:06PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 01:17AM

KUALA LUMPUR: Tudung jenama Naelofar Hijab akan menembusi pasaran United Kingdom dan Perancis tidak lama lagi, sekali gus menjadikan keinginan Neelofa Mohd Noor, untuk mengembangkan perniagaannya di pasaran antarabangsa satu kenyataan.

Menurut usahawan, pengacara dan pelakon seberang tambak itu, beliau akan menandatangani kontrak dengan dua buah agensi masing-masing di United Kingdom (UK) dan Perancis pada Selasa depan (11 Dis), lapor Mstar.

Mstar melaporkan bahawa artis kelahiran Kelantan itu sudah lama menyimpan hasrat untuk meneroka pasaran antarabangsa tetapi disebabkan tiada ejen yang boleh membantunya, hasratnya tidak dapat direalisasikan sebelum ini.

"Menjadi hasrat saya untuk membawa imej Muslimah dan berhijab dalam fesyen dalam pasaran di sana memandangkan gaya modest semakin mendapat tempat di Eropah," katanya seperti dilapor portal MStar.

Menurut Neelofa, 29 tahun, beliau sangat bersyukur kerana berpeluang bertemu dengan seorang ejen dari Amerika Syarikat yang kini adalah pengurus globalnya iaitu Norman.

"Norman yang juga berkahwin dengan rakyat Malaysia sangat memahami visi saya malah dia mempunyai kepakaran merialisasikan impian saya. Beliau juga yang membantu mendapatkan kontrak di United Kingdom dan Perancis," menurut Neelofa lagi.

Dalam perkembangan lain, Neelofa berkata beliau masih berminat untuk berlakon namun sukar untuk memberi komitmen kerana jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti termasuk akan kerap berada di Eropah sepanjang tahun hadapan.

Pun demikian, beliau berkata beliau tidak pernah terfikir untuk meninggalkan tanggungjawabnya sebagai hos program MeleTOP yang sudah memasuki tahun keenam.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan