Treler 'Avengers: Endgame' tampilkan Captain Marvel; buat peminat teruja
Sudahkah anda menyaksikan treler Avengers: Endgame?
HOLLYWOOD: Sudahkah anda menyaksikan treler Avengers: Endgame?
Keterujaan para peminat yang menantikan filem terbaru Avengers, Avengers: Endgame, kembali memuncak dengan pelancaran treler keduanya semalam (14 Mac).
Salah satu adegan menyerlah dalam treler tersebut tentunya adalah kemunculan adiwira wanita Marvel Cinematic Universe (MCU), Captain Marvel.
Treler kedua ini dimulakan dengan paparan imbasan memori oleh adiwira-adiwira Tony Stark (Iron Man), dan Steve Rogers (Captain America), serta Clint Barton (Hawkeye/Ronin), Natasha Romanoff (Black Widow), Thor, Scott Lang (Ant-Man), Nebula dan Bruce Banner (Hulk) mengenai kehilangan orang-orang yang disayangi mereka.
Dalam pada itu, Disney juga melancarkan poster terbaru Avengers: Endgame yang menampilkan anggota-anggota baru termasuk Captain Marvel. Ingatan itu memberikan motivasi untuk mereka 'membalas dendam' dan memperbetulkan kemusnahan yang dilakukan Thanos.
Avengers: Endgame akan menemui penonton pada 26 April.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.