Images
  • arth
    (Gambar: Frederic J. BROWN/AFP)

Topi Darth Vader antara khazanah Hollywood bakal dilelong

LOS ANGELES: Topi keledar yang dipakai watak jahat Darth Vader dalam siri Star Wars, ‘The Empire Strikes Back’, adalah antara koleksi khazanah berharga Hollywood yang akan dilelong bulan depan.

Para pakar menjangka ia boleh dijual pada harga hampir, AS$500,000 (S$694,400).

Topeng dan topi keledar itu adalah antara dipakai pelakon David Prowse, yang memegang watak musuh Luke Skywalker dan juga bapanya dalam siri pecah panggung itu pada 1980, menjadikan ia artifak fiksyen sains amat berharga, kata penganjur lelongan tersebut.

“Katalog tersebut dianggarkan bernilai AS$250,000 (S$347,000) hingga AS$450,000 (S$625,000) -- dan ia mungkin menjangkauinya.

“Star Wars memang popular. Ia tidak pernah kelihatan lebih menarik daripada sekarang, dengan francais terus kukuh seperti dahulu,” kata jurucakap penganjur lelongan, Encik Zach Pogemiller.

Lelongan ‘Icons and Legends of Hollywood’ akan diadakan pada 25 hingga 26 September ini di Los Angeles dengan hampir 1,000 barangan dijangka dijual pada harga lebih AS$10 juta (S$14 juta).

- CNA/NA/na

Top