Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

TikTok disaman; didakwa langgar hak cipta milik syarikat teknologi Vietnam

Syarikat teknologi Vietnam VNG menyaman TikTok, iaitu aplikasi video pendek yang popular, sambil menegaskan bahawa TikTok tidak mempunyai lesen yang secukupnya bagi lagu-lagu yang digunakan dalam videonya, menurut sebilangan sumber pada Isnin (24 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
TikTok disaman; didakwa langgar hak cipta milik syarikat teknologi Vietnam

Aplikasi TikTok. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 24 Aug 2020 10:50PM Dikemas Kini : 24 Aug 2020 10:51PM

HANOI: Syarikat teknologi Vietnam VNG menyaman TikTok, iaitu aplikasi video pendek yang popular, sambil menegaskan bahawa TikTok tidak mempunyai lesen yang secukupnya bagi lagu-lagu yang digunakan dalam videonya, menurut sebilangan sumber pada Isnin (24 Ogos).

VNG menuduh syarikat milik China itu menggunakan trek audio yang dimiliki oleh Zing, iaitu anak syarikat VNG, tanpa kebenaran syarikat tersebut, menurut dua sumber yang mempunyai maklumat tentang isu itu.

Satu dokumen undang-undang daripada sebuah mahkamah di Ho Chi Minh City yang dilihat oleh Reuters, menuntut ganti rugi daripada TikTok dan mengarahkannya supaya berhenti menggunakan muzik milik Zing.

"VNG meminta TikTok menggugurkan semua segmen muzik yang diambil daripada rekod Zing bagi kedua-dua aplikasi dan laman TikTok, dan membayar ganti rugi melebihi 221 bilion dong (S$13 juta)," menurut dokumen itu.

TikTok dan VNG belum lagi memberikan respons masing-masing berhubung isu tersebut.

VNG Corporation adalah sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Vietnam yang ditubuhkan pada 2004 yang turut terkenal dengan permainan online, penstriman muzik dan aplikasi pengiriman mesej. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan