Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tiket Sinar Lebaran 2019 mula dijual esok

Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket konsert Sinar Lebaran 2019 bermula 12.00 tengah hari esok (12 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket Sinar Lebaran 2019 mula dijual esok

(Gambar: Mediacorp Suria)

SINGAPURA: Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket konsert Sinar Lebaran 2019 bermula 12.00 tengah hari esok (12 Apr).

Tiket-tiket akan dijual pada harga $40 (termasuk majlis resepsi selepas konsert), $25, $15 dan $10.

Mereka yang berminat boleh membeli tiket di laman SISTIC atau cawangan Ejen Bertauliah SISTIC.

Sinar Lebaran 2019 akan dirakam di Teater MES Mediacorp, 1 Stars Avenue pada 27 April ini, bermula jam 8.00 malam.

DIWARNAI BAKAT TIGA NEGARA, PENYANYI MALAR SEGAR

Konsert Hari Raya tahunan kali ini diserikan dengan penampilan personaliti dan penyanyi dari tiga negara.

Mereka yang bakal membuat persembahan termasuk Imran Ajmain, Aisyah Aziz, Iskandar Ismail, Nana Karia, Sarah Aqilah, Rahila Rashun, Fauzie Laily, Elfee Ismail, Era Farida, Sahfuddin Mahfudz dan Hamzah Adon (Singapura), Bocil Bancin (Indonesia) serta Ayda Jebat (Malaysia).

Penyanyi malar segar seperti Othman Hamzah, Junainah M.Amin dan Eddy Nor Ali juga akan membuat penampilan bagi mengembalikan zaman nostalgia bersama penonton.

Sinar Lebaran 2019 bakal dihoskan oleh Najip Ali dan Fiza O.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan