Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tiket 'Avengers: Endgame' cecah harga AS$10,000 di eBay

Berapakah harga yang sanggup dibayar seorang peminat untuk menjadi antara penonton pertama filem adiwira 'Avengers: Endgame'? Jika berdasarkan bidaan di laman eBay, jawapannya adalah AS$9,199 (S$12,443.49)!

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket 'Avengers: Endgame' cecah harga AS$10,000 di eBay

(Gambar: Marvel)

Diterbitkan : 04 Apr 2019 06:50PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 06:56PM

SINGAPURA: Berapakah harga yang sanggup dibayar seorang peminat untuk menjadi antara penonton pertama filem adiwira 'Avengers: Endgame'? Jika berdasarkan bidaan di laman eBay, jawapannya adalah AS$9,199 (S$12,443.49)!

Begitulah larisnya tiket filem terbaru Marvel itu di Amerika Syarikat sehingga ada yang ingin membayar harga begitu tinggi untuk mendapatkannya secara online.

Menurut laman hiburan People, permintaan begitu hangat sehingga masa menunggu pembelian online pada Selasa (2 Apr) menjangkau satu jam.

Dalam masa enam jam, filem tersebut memecah rekod penjualan awal tiket di laman Fandango. Ini sekaligus melepasi prestasi jualan tiket tiga filem Star Wars ('The Force Awakens', 'The Last Jedi' dan 'Rogue One') serta filem 'Avengers: Infinity War' pada 2018, bahagian pertama filem penutup Avengers ini.

Keghairahan bagi 'Endgame' nampaknya bukan tanpa sebab. Pelakon dalam filem Black Panther, Winston Duke juga membayangkan filem tahun ini "lebih besar" dari filem pecah panggung tahun lalu, 'Infinity War'.

"Sejujurnya, apa yang saya boleh katakan adalah (filem ini) lebih besar daripada 'Infinity War' ... Ia akan lebih menyeronokkan, sungguh luar biasa, dan apabila anda rasakan mereka sudah capai tahap hambar, mereka membuktikan sebaliknya," kata beliau kepada rancangan Entertainment Tonight.

"Mereka mempunyai upaya untuk melakukan sesuatu yang baru."

'Avengers: Endgame' akan ditayangkan di Singapura mulai 24 April.

Sumber : CNA/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan